Monday, December 13, 2010

FOTO EKSKLUSIF KELUARGA MAJIDAH - JELANI ST. MANGKUDUN

Ibu Shamsiah (kanan sekali) kali terakhir mengunjungi Induring Kapau
bersama saudara-mara dan sahabat lama.I

Keluarga Anak tertua Shamsiah - Nabawi , Riswati.


Foto Eksklusif. Anak Kedua Majidah -Jelani, Etek adik (Masiah) (duduk kiri sekali)
bersama teman-teman kelas jahitan.


Foto Eksklusif Anak Tertua Jelani - Majidah , Shamsiah (duduk kiri sekali)
bersama teman-teman.



Foto Eksklusif. Etek Adik Masiah (berdiri dua dari kanan) bersama teman-teman.


Foto eksklusif. Adik-beradik Ibu Shamsiah (duduk kiri) dan adiknya Etek Adik Masiah,
serta suami masing-masing ayahanda Haji Nabawi dan ayahanda Baharudin,
serta anak masing-masing, Riswati dan Azizah.


Foto Eksklusif wajah Ibu Shamsiah semasa muda.


Foto Eksklusif wajah Nenek Majidah semasa muda.


Foto Eksklusif wajah Etek Adik Masiah semasa muda.


Foto eksklusif ibu Shamsiah (duduk kiri sekali) serta
teman-teman dalam kursus jahitan.


Foto Eksklusif, ibu Shamsiah (kanan sekali) bersama teman.


Foto paling eksklusif keluarga Atuk Jelani dan isteri Majidah.
Dua anak mereka, kiri Shamsiah dan kanan Masiah.

Foto eksklusif Atuk Jelani semasa muda.


Cucu dan Cicit Nenek Majidah, keluarga Riswati dari ibunya Shamsiah.
Foto diambil ketika cicit-cicitnya masih kecil.

Keluarga ibu Masiah.

Anak Etek Masiah, Cikgu Aziz dan isteri


Foto eksklusif. Nenek Majidah semasa hayatnya menerima
kucupan cicitnya Shazwani. Di sebelahnya Nisa.

Kelompok cicit-piut Khadijah (ibu Nek Maji)- Malim Sidi dalam
pertemuan di Dumai, Indonesia.

Kemenakan Nenek Majidah, anak abangnya . Amran Om Bujang dan Des isteri.


Etek Adik Masiah bersama anaknya Zaini.


Bergambar ramai di lapangan terbang Tabing, SB, ketika kunungan
terakhir Ibu Shamsiah dan ayah Nabawi ke Induring Kapau.
Turut kelihatan ibu saudara saya Nurni.


Bapa saudara dan anak kemenakan. Om Bujang Amran dan
Shahrial Nabawi.

Foto eksklusif Ibu Shamsiah dan ayahanda Nabawi Dt Gadang Majolelo.

FOTO EKSKLUSIF KELUARGA BESAR KARI ZAINUDIN BAHAGIAN 1



Assalammualaikum. Balasungkawa.

Maaf. Tulisan ini dibuat setelah foto-foto ini dipublish. Baru sebentar tadi, saya menerima
perkabaran, suami Etek Khasiah, Uncle Redhuan yang kini tinggal di Medan, telah
menghembuskan nafas yang terakhir pada hari ini. Pihak saya, Ris dan anak-anak, merakamkan ucapan taksiah kepada Etek Khasiah serta anak-anak mereka.

Semoga roh Uncle Redhuan, ditempatkan Allah di kalangan roh-roh yang dikasihi Allah swt.
Amin.

Bersamaan, foto-foto Allahyarham Uncle Redhuan, ada saya paparkan dalam ruangan ini.


Nenek Upik Habibah Isteri Keempat Atuk Kari Zainudin


Cicit Kari Zainudin dari jurai Nabawi - Wani, Arin, Nisa,
semasa kecil.


Tek Khasiah dari keturunan Ibu Upik Habibah, suami Uncle Ridhuan,
dan anak-anak beserta saudara mara dan kenalan.

Cucu Kari Zainuddin dari keturunan Nabawi, Riswati (4 dari kanan), Tamrin Fooad (5 dari kanan), Shahrial (2 dari kiri) serta teman-teman semasa kecil.


Foto eksklusif. Haji Nabawi dan Isteri Hjh. Shamsiah,
ketika menanti kelahiran anak pertama.


Foto diambil di Kelang, masa hari raya beberapa tahun lalu.Duduk belakang dari kiri
Etek Khasiah, Pak Wan, Riswati, Sudirman (menantu cucu), Uncle Ridhuan suami Tek Khasiah.
Hadapan kiri, Allahy. Etek Sabariah (isteri Pak Wan), kenalan, cicit-cicit Nazrin , Wani, Nisa .


Keluarga Nek Habibah dan Atuk Habib di Kapau. Nenek Habibah
duduk tengah dan atuk Habib berpeluk tubuh.


Etek Khasiah ketika di Singapura.


Haji Nabawi ketika zaman mudanya.


Ayahanda Mokhtar Abang Ayahanda Nabawi dari
ibu mereka Zainab. Mereka dua bersaudara,
seibu sebapa.

.
Satu-satunya foto eksklusif yang memperlihatkan wajah
kedua-dua adik beradik yang ada dalam simpanan.
Ayahanda Kari Moktar dan Ayahanda Nabawi Dt. Gadang Majolelo


Pak Wan - (Mahmud) Salah seorang selain Pak Akin (Ahmad),
anak bongsu Kari Zainudin.

Allahy. Etek Zainiah. Kakak Kepada Pak Wan.


Keluarga Etek Nurtisah - anak tertua Nenek Upik Habibah.


Keluarga Etek Nurtisah.


Cicit melalui anak Haji Nabawi, Tamrin Fooad di Johor Bharu.
Daniel (baju kuning) dan Zukri.

Cucu Kari Zainudin, Riswati (anak Haji Nabawi) selepas tamat
latihan jururawat di Singapura. Diapit oleh ibunya Shamsiah dan
ibu saudaranya Etek Khasiah.

Dua cucu Kari Zainudin. Kak Yan anak tertua Etek Nurtisah
dan Riswati anak tertua Haji Nabawi.

Friday, November 26, 2010

RINGKASAN RIWAYAT HIDUP HAJI ROSLI DATUK SIPADO BASA


Catatan:


Agak lama juga tidak up-date kolom ini. Sebenarnya, sejak hampir 6 minggu, saya agak sebok dengan tugasan harian hingga tidak memungkinkan saya dapat memberikan tumpuan untuk menulis. Suatu hari nanti akan saya paparkan kerja yang sedang saya lakukan kini.


Saya juga memohon maaf, kerana sepatutnya untuk ruangan ini saya akan paparkan foto-foto keluarga besar Datuk Kari Zainuddin. Memandangkan, foto-foto itu, masih dalam proses pengumpulan, maka untuk ruangan ini saya akan menyentuh sedikit tentang riwayat hidup ayahanda tercinta saya Haji Rosli bin Kari atau bergelar Daruk Sipado Basa, suku Tanjung.


Ikutilah ringkasan riwayat hidup beliau. Mana tahu satu hari nanti jika berkesempatan, saya akan tuliskan sebuah buku mengenai Kisah Cinta Haji Rosli. Walahualam Bisawab..


Haji Rosli bin Kari Dawisepanjang hidupnya telah berkahwin sebanyak tiga kali serta mempunyai anak seramai 18 orang dan 63 orang cucu. Beliau telah dilahirkan di Masjid Tanah Melaka pada 8 Disember 1911.

Ketika kecil, beliau telah dihantar oleh Datuknya Nyek Sheikh Haji Husin, untuk belajar pendidikan Islam di Induring Kapau, Sumatera Barat Indonesia. Beliau melanjutkan pelajaran menengahnya ke Institut Pendidikan Islam Di Prabek, Pandang Pandjang, Sumatera Barat. Tidak hairan sekiranya beliau seorang yang dikira alim dan seorang hafidz.

Ayahandanya, Kari Dawi meninggal dunia ketika beliau berumur 16 tahun. Sebaik menamatkan pengajiannya di Prabek, pada usia 18 tahun, beliau kembali ke Masjid Tanah, untuk mengambilalih perniagaan ayahandanya. Perniagaan bapa beliau ketika itu adalah kilang membuat dan menjual songkok.

Di Masjid Tanah ketika itu dan hingga kini, orang lama mengenalinya sebagai Soli Mengkabau Toke Songkok. Rumah kediaman awalnya, di loteng kedai usang di hujung bank CIMB Masjid Tanah kini (di bawahnya Tuan Haji Bacik bapa Datuk Talib Bachik dan Datuk Hj Hassan Senator menjalankan perniagaan menjual getah). Kedai terakhirnya di Masjid Tanah adalah di kedai bazaar (kini tiada lagi) di hadapan Balai Polis Masjid Tanah.

Beliau berkahwin dengan isteri pertamanya Ramlah Mirun pada usia 19 tahun dan memperolehi 3 orang anak iaitu Mawardi, Jasmi dan Rosma. Ramlah meninggal dunia tidak lama selepas melahirkan anak yang ketiga. Haji Rosli, kemudian mengganti tikar dengan mengahwini adik kepada Ramlah iaitu Nurniah Mirun sebagai ganti ibu kepada anak-anaknya.

Ketika Perang Dunia Kedua, Haji Rosli membawa kesemua, isteri dan anak-anaknya termasuk dua orang anak dengan isteri keduanya iaitu Rosnina dan Nurma ke Induring Kapau. Di sana beberapa orang lagi anaknya dilahirkan antaranya Rifdayanis (1947), Fauzinar (1950) dan Ermina (1953).

Sepanjang tempoh perang dan selepas perang, Haji Rosli berulangalik dari Induring Kapau ke Masjid Tanah. Selain menguruskan harta dan perniagaannya, beliau juga menjadi pedagang 'balok' antara Indonesia dan Malaysia melalui jalan laut Selat Melaka..

Beliau juga telah dipilih oleh kelompok masyarakatnya dari Suku Tanjung Induring Kapau sebagai ketua suku dengan gelaran Datuk Sipado Basa menggantikan datuk saudaranya.

Suatu hari, anggaran tahun 1948, beliau mengiringi seorang gadis , Nurlela anak Datuk Raja Nan Basa, untuk diserahkan kepada keluarganya, Sutan Mantari di Bangi Lama, Kajang. Sepanjang perjalanan itu, Haji Rosli telah jatuh cinta dengan Nurlela dan tidak lama selepas itu, mereka telah berkahwin.

Nurlela kemudiannya telah dibawa menetap di Masjid Tanah. Dengan Nurlela, beliau memperolehi 8 orang anak iaitu Mhd Damanhuri (1949), Mohd Powdzi (1951), Sudirman (1953), Roslinah (1955), Natrah (1956), Roslaini (1958), Nurmina (1959) dan Siti Khadijah (1961).

Pada tahun 1958, Haji Rosli telah membawa kembali isteri keduanya ke Masjid Tanah. Dua orang anak telah dilahirkan kemudian iaitu Bactiar (1959) dan Suwarni (1961).

Isteri ketiga Haji Rosli Nurlela meninggal dunia pada tahun 1965 meninggalkan anak tertuanya berumur 14 tahun dan yang bongsu 5 tahun. Beliau dimakamkan di Bukit Keledang Masjid Tanah, bersebelahan makam isteri pertamanya Ramlah. Isteri keduanya, Nurniah, mengambilalih peranan mendidik anak-anak yang ketiadaan ibu ini.

Pada tahun berikutnya 1966, Haji Rosli telah berhijrah ke Brunei dan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai penjual kueh apam balik. Pada tahun 1967. beliau membawa isterinya Nurniah, dan dua orang anaknya Mawardi dan Jasmi bagi memulakan perniagaan restoren nasi padang. Beberapa tahun kemudian beliau membuka kedai pakaian dan barangan muslim, Jasa Perwira di Jalan Sultan yang terletak di tengah tengah bandar Seri Begawan.

Satu perkara yang hingga kini menjadi sebutan di kalangan orang Masjid Tanah adalah, Haji Rosli adalah satu-satunya orang Melayu pada tahun 1985, yang telah membeli dan membayar secara tunai 6 buah kedai baru di Pusat Perniagaan Bandar Baru Masjid Tanah, dengan nilaian hampir satu juta ringgit ketika itu.

Haji Rosli meninggal dunia di Brunei pada 4 Ogos 1993 kerana serangan sakit jantung. Beliau berusia 82 tahun . Tujuh tahun kemudian (2000), isteri keduanya Nurniah, meninggal dunia di Kajang Selangor dan dikebumikan di Kluang, Johor pada hari berikutnya.

Thursday, October 21, 2010

KETURUNAN MALIM SIDI -KHADIJAH-



Dari paparan terdahulu berdasar rajah jurai keturunan Nenek Guci dari pecahan Djinang, jelas sekali Moyang Malim Sidi adalah bapa kepada Nek Maji atau Nenek Majidah. Ibu Nek Majidah bernama Khadijah suku Jambak Gadang (Besar).

(Mungkin ada ahli keluarga keturunan dari suku Jambak Gadang sudi mengirimkan rajah salasilah yang berkaitan dengan susurgalur famili ini).

Hasil perkahwinan antara Moyang Malim Sidi dengan Moyang Khadijah, mereka memperolehi tiga orang anak iaitu yang tertua bernama Ahmad Dahlan, kedua Majidah (Nek Maji/MakTuo Maji) dan yang ketiga Khaidir.

Atuk Ahmad Dahlan semasa hidupnya telah berkahwin sebanyak dua kali. Dengan isteri keduanya Nenek Shamsidar, mereka memperolehi dua orang anak, seorang perempuan bernama Yusmaniar dan kedua lelaki Amran (Om Bujang Petaling Jaya).

Sementara Nenek Majidah, telah berkahwin dengan atuk Jelani St. Mangkudun, abang Nenek Habibah Kelang dan anak moyang Sama (rujuk salsilah suku Guci). Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi sepasang anak perempuan bernama Shamsiah (Tek Cham) dan Masiah (Tek Adik Kajang).

Datuk Khidir pula memperoleh seorang anak perempuan bernama Yurnalis.

Yusmaniar telah berkahwin Osman Sutan Sati. Pasangan ini mempunyai lima orang anak iaitu Renny, Fitria Ananda, Budi, Ade dan Gustia. Sementara Amran yang kini menetap di Petaling Jaya dan berniaga di Seksyen 14, telah berkahwin dengan Desmira dan memperolehi tujuh orang anak (seorang lelaki).

Bonda Shamsiah telah berkahwin dengan Nabawi Dt. Gadang Majolelo dan dikurniakan dengan tiga orang anak iaitu Riswati, Shahrial dan Tamrin Fooad. Sementara Masiah telah berkahwin dengan Baharaudin Sahidi (Kajang) dan mempunyai lima orang anak iaitu Azizah, Khamsiah, Abdul Aziz, Zaini dan Mohd Asri.

Perlu juga dijelaskan, ayahanda Haji Nabawi adalah anak kepada atuk Zainuddin iaitu ipar kepada atuk Jelani St Mangkudun. Selain itu, bonda Shamsiah adalah ibu kepada isteri saya Riswati.

Yurnalis telah berkahwin dan kini menetap di Kapau. Nama suami dan anaknya tidak dalam simpanan kami.



AKAN DATANG : FOTO KELUARGA BESAR DATUK ZAINUDIN KELANG.

Sunday, September 12, 2010

RAJAH SUSUGALUR KETURUNAN SILASILAH NEK GUCI














Rajah sailasilah galur keturunan Nenek guci ini dikirimkan oleh Abd. Halim
Datuk Majo Nan Tuo tidak lama dulu. Semoga seluruh anak-cucu cicit dan
keturunan Nenek Guci yang akan mendapat manfaat dan mngetahui
asal usul masing-masing.


AKAN DATANG: KETURUNAN NENEK MAJI DAN JELANI ST MENGKUDUN


Wednesday, September 1, 2010

FOTO EKSKLUSIF URANG-URANG AWAK DULU DAN SEKARANG



Industri Desa Membuat Sapray.


Ayah Nabawi Dt Gadang Majolelo kali terakhir kembali ke desa IK


Keluarga Bonda Fatimah di Malaysia. Lawatan terakhir
ke rumah saya di Kajang.


Bonda Shamsiah bersama sahabat lamanya kali terakhir
kembali ke desa Induring Kapau.

Tatie adik dengan puteranya

Penghibur desa yang disayangi Etek Iyan Lubis..

Dua insan yang baik sepasang suami isteri.


Orang kampung ke Istana Pagar Ruyung.




Bonda Shamsiah semasa muda belianya bersama teman.

Tek Adik adinda bonda Shamsiah bersama teman
semasa remajanya.

Geng jahitan brodel bonda Shamsiah masa remaja.


Makam Moyang Nyeik Sheikh. Foto kiriman Dato Majo Nan Tuo khas
untuk makluman anak cucu cucitnya.




Foto keluarga Nek Upik Habibah dan saudaranya atuk Habib.



Pertemuan terakhir ayahanda Nabawi dengan bapa
saudaranya, sebelum pulang ke Malaysia.