Wednesday, February 16, 2011

KETURUNAN ATUK MIRUN ST. MAJO BASA BADOR


Saya mengenali atuk Mirun sejak dari kecil lagi. Ketika itu saya rajin mengikut ayah ke Mantin. Orangnya agak kacak, berambut serba putih, berkulit cerah dan bertubuh agak sasa. Kali terakhir saya bertemu beliau ketika beliau berkunjung ke rumah bazaar beberapa bulan sebelum beliau meninggal dunia (1974).

Dalam satu perbualan, beliau pernah mengungkapkan kata-kata seperti ini. " Umur atuk dah masuk 88 tahun. Cucu-cucu cicit atuk pun dah ada 88 orang. Rasa-rasanya, atuk tak lama lagi," begitu kata beliau.

Sebagai seorang anak muda, di bawah 20 tahun ketika itu, saya kurang menangkap kata-kata beliau. Rupa-rupanya beliau sudah membayangkan keadaan dirinya ketika itu dan kemungkinan beliau akan dipanggil oleh Ilahi tidak lama lagi. Ternyata beberapa bulan kemudian, beliau dipanggil Ilahi.

Ketika di Masjid Tanah, saya amati atuk Mirun, tidak henti-henti melakukan ibadah. Rasa-rasanya beliau seperti melakukan sembahyang bagi mengqadakkan sembahyangnya yang tertinggal pada masa lalu. Atau mungkin beliau banyak melakukan sembahyang sunat. Walau apapun kemungkinannya, bersamalah kita memanjatkan doa untuk kesejahteraan roh insan yang lembut dan amat baik ini serta menghadiahkan al-fatihah untuk rohnya. Amin.

Atuk Mirun yang saya kenali ini sebenarnya bapa kepada kedua-dua ibu tiri saya Hj Ramlah dan Hj Norniah. Beliau dilahirkan anggaran tahun 1885. Semasa hayatnya, beliau dipercayai telah berkahwin sebanyak dua kali dan menetap pada akhir hayatnya di Mantin Negeri Sembilan.

Dengan Isteri pertamanya, orang Pandan Banyak Induring Kapau, Bukit Tinggi, (nama beliau tiada dalam pengetahuan saya) ,beliau memperolehi anak seramai lapan orang iaitu Ramlah , Norsian , Nurniah, Mohd Zin, Mamat, Bahari (Johari), Adan dan Mohd Ali.

Dengan isteri keduanya, Nenek Mari Marasi, beliau memperolehi empat orang anak iaitu Kamaruzzaman (Pak Long Kamu) , Nordin , Rosmaniah dan Burhannuddin.

Anak tertua beliau, Ramlah berkahwin dengan ayah saya Haji Rosli serta dikurniakan tiga orang anak iaitu Mawardi (meninggal dunia - Kluang), Jasmi (Bukit Rambai) dan Rosma (meninggal dunia - Jakarta). Ramlah menetap di Masjid Tanah dan meninggal dunia di sana.

Sementara anak kedua, Norsian, berkahwin dengan Sulaiman (Pak Ngah Leman) dan dikurniakan lapan orang anak iaitu Nasrullah di Johor Bahru, Latifah (Alor Setar), Nurmi (Rawang), Firdaus (Bang Aup) di Johor Bahru, Azizah (Port Dickson), Darimah (di Johor Bahru/Mantin), Razak di Johor Bahru dan Noridah (Petaling Jaya).

Sementara anak ketiga, Nurniah berganti tikar dan berkahwin dengan ayah saya Haji Rosli, telah dikurniakan dengan tujuh orang anak iaitu Rosnina (Kluang), Nurma (Induring Kapau), Rifdayanis (Kluang-meninggal dunia), Fauzinar (Jakarta), Ermina (Brunei), Bactiar (Kajang) dan Suwarni (Kajang).

Anak keempat adalah Mohd Zin dan menetap di Mantin. Malangnya, sehingga kini saya masa gagal melengkapkan nama-nama anak-anak beliau. Sementara Mamat dipercayai meninggal dunia semasa kecil.

Anak keenam adalah Johari atau Bahari dan kini menetap di Johor Bahru. Bahari telah berkahwin dengan Yurnalis dan memperolehi empat orang anak lelaki iaitu Rizduan, Zainal Abidin, Abdul Rahman dan Zolkifli.

Dua lagi anak beliau adalah Adan dan Mohd Ali. Bagaimanapun, saya sehingga kini masih belum berjaya mengumpulkan nama-nama anak mereka. Namun, salah seorang anak Adan bertugas sebagai seorang doktor.

Dengan isteri keduanya, nenek Mari Marasi, atuk Mirun memperolehi empat orang anak iaitu Kamaruzzaman (Pak Long Kamu) di Kg Cheras Baru, , Nordin (meninggal dunia - Seremban), Rosmaniah (meninggal dunia -Banting) dan Burhannuddin yang kini menetap di Ireland.

Kamaruzzaman berkahwin dengan Khalijah Abdul Manan dan memperolehi enam orang anak iaitu Mohd Rezduan, Norlaili, Mohd Khairulnizam, Normalis, Mohd Azlan dan Normaliza.

Sementara Burhannuddin pula berkahwin dengan Siti Fatimah, memperolehi tiga orang anak iaitu Yasmin, Farah dan Daniel.

Keluarga dua yang lain iaitu Nordin dan Rosmaniah, tiada dalam pengetahuan saya.