Thursday, August 12, 2010

NENEK GUCI - DATUK MAJO NAN TUO siri 2.


Assalammualaikum.

Sebagaimana yang dijanjikan, maka kali ini saya teruskan susurgalur salasilah (silsilah) keturunan Nenek Guci. Pada kesempatan lalu, saya telah paparkan jaluran keturunan Nenek Guci melalui Nenek Jinang (GJ) terus ke Nenek Puan (GJ1) serta anak-anaknya Sari (GJ11), Lambai (GJ12) dan Raijah (GJ13).

Terdapat sedikit penambahan bagi keturunan Nenek Raijah iaitu cucu-cicitnya dari anaknya Tandin (GJ131). Sebagaimana yang dicatatkan terdahulu, Tandin mempunyai tiga orang anak iaitu Rakinah (GJ1311), A Rahman (Dt. Maleka) dan Fatimah (GJ1312).

Nenek Rakinah pula melahirkan tiga orang anak lelaki iaitu Syaiful Anwar (Pak Ipun), Nurdin Afif (Pak Indin) dan Sahrudin. Sementara Nenek Fatimah mempunyai empat orang anak iaitu Amri Lubis, Adi Lubis, Mansur Bey L. dan Boyke Lubis.

Saya teruskan lagi catatan ini dengan kaitan keturunan Nenek Djinang melalui keturunan anak-anaknya Nenek Pasah dan Nenek Mak Jinang.


NENEK GUCI - NENEK DJINANG (GJ) - NENEK PASAH (GJ2)

Nenek Pasah dipercayai mempunyai dua orang anak iaitu Mak Pasah (GJ21) dan Karia Labai Maradjo. (+ 1931). Melalui keturunan Mak Pasah, beliau mempunyai lima orang anak iaitu Akub, Pasah (GJ211), Abut, Kasim Malin Maradjo dan Jatim.

Pasah pula menzahirkan empat anak iaitu Muharam Sutan Maradjo, Dalima (GJ2111), Zubir dan M. Zein. Sementara Nenek Dalima memperolehi tiga orang anak seorang lelaki Tazardin Malako Nan Panjang, Salma (GJ21111) dan Josma (GJ21112).

Salma memperolehi dua orang anak perempuan iaitu Nuraini (GJ211111) dan Nurhanida (GJ211112) sementara Josma mempunyai tiga orang anak, seorang lelaki iaitu Adznir (Malako Nan Panjang), dan dua orang perempuan iaitu Suzana (GJ211121) dan Hasliza (Gj211122).


NENEK GUCI - NENEK DJINANG (GJ) - MAK DJINANG (GJ3)

Nenek Mak Djinang (GJ3) mempunyai dua orang anak iaitu Jinang (GJ31) dan Dt Majo Nan Tuo (Menat) + 1926. Jinang (+ 1920) memperolehi dua orang anak lelaki iaitu Malim Saidi (+ 1934 ) bapa kepada Nenek Maji ( nenek isteri saya) dan Abas Sutan Bagindo (+1938).


NENEK GUCI - NENEK SARUN (GS)

Paparan terdahulu adalah mengenai keturunan Nenek Guci melalui pecahan keturunannya melalui anaknya Nenek Djinang. Saya teruskan lagi paparan jaluran keluarga Nenek Guci, melalui e-mail kiriman Datuk Majo Nan Tuo @ Abdul Halim. Terima kasih sekali lagi.

Satu lagi pecahan keturunan nenek Guci adalah melalui anaknya Nenek Sarun. Nenek Sarun mempunyai empat orang anak iaitu Inyiek Parak Tinggi, Apak Dt. Maninding, Kadala (GS1) dan Amai Sarun (GS2).

Moyang Kadala mempunyai dua orang anak iaitu Husin Nyeikh Sheikh (Kari = Dt. Maleka), moyang saya juga di mana kisahnya dan keturunanannya telah saya paparkan dahulu, serta Randin Inyiak Tokoh. Anak Randin adalah Djamil St. Diateh.

Sementara Moyang Amai Sarun mempunyai dua orang anak iaitu Kamada dan Sarun (GS21). Sarun mempunyai empat orang anak iaitu Sutan (Malako Nan Panjang), Suman Pakih Maradjo, Raliah (GS211) dan Tjahab Saidi Maleka.

Raliah mempunyai enam orang anak iaitu Kamisah, Muni Dt. Majo Nan Tuo, Bujang, Raolan, Nursian (+1970) dan Nurhanah (GS2111). Nurhanah mempunyai dua orang anak iaitu Aizar R (GS21111) dan Azmi R (GS21112). Aizar R mempunyai dua orang anak iaitu Ade Fadli dan Weni Sri Rahmi.

Sementara Azmi R. mempunyai empat orang anak iaitu Fitria Novy, Feri Trisna, Irwan Rajo Maleka dan waris kepimpinan Suku guci Induring Kapau kini Abdul Halim Dt. Majo Nan Tuo.


Akan Datang.

KOLEKSI FOTO EKSKLUSIF 'ORANG-ORANG AWAK' INDURING KAPAU