Thursday, March 11, 2010

video dan foto eksklusif cucu-cicit nenek baeh 1












Wednesday, March 10, 2010

Keturunan Mariam (Rayam Nek Baeh) Banda Baru


Sebagaimana yang dijanjikan, untuk kesempatan kali ini, saya memberi tumpuan kepada salasilah keturunan dari jurai moyang saya melalui jaluran ibu saya Hajjah Norlela Banda Baru iaitu Moyang Mariam (Rayam) atau lebih dikenali sebagai Nek Baeh.

Nenek Baeh atau Mariam mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Sultan Mantari dan Moyang Wenan.

Semasa hayatnya, Nek Baeh, moyang saya pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Menariknya, dengan setiap suami, beliau mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Ini bererti beliau mempunyai enam orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

ANAK-ANAK NYEK BAEH (RAYAM)

Suami pertama Moyang Rayam adalah Nyek Labai Batuah. Melalui perkahwinan ini mereka memperolehi dua orang iaitu Nenek Upik dan Sutan Rajo Ameh Lisin.

(Perlu dimaklumkan juga, bahawa moyang Nyek Labai Batuah turut mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya seorang di Pandan Banyak yang memperolehi dua orang anak lelaki iaitu Malim Basa (ayah abang/ pakcik Sawadjir Jakarta) dan Malim Muncak (ayah Ain usahawan sate di PJ).

Dengan suami kedua, moyang Baeh memperolehi sepasang anak iaitu Nenek Kamisah dan Sidi Maradjo 1. Nenek Kamisah adalah ibu kepada Om Sukar, Om Chaan, Etek Imi , sementara atuk Sidi Maradjo 1 adalah bapa kepada Etek Norlaili (Kampung Medan).

Sementara dengan suami ketiganya, Datuk Balang Daguk, mereka memperolehi dua orang anak iaitu Nenek Nani di Selayang Baru (ibu cik Ramlah) dan atuk Maarus Sultan Pono.


CUCU-CICIT MOYANG BAEH

Nenek Upik, anak tertua moyang Marayam, berkahwin dengan Datuk Raja Nan Basa . Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi lima orang anak iaitu Pijar (Pijan) di Telok Intan, Norlela (ibu saya), Yunus (Sidi Maradjo 2) bapa Wan di PJ, Sutan Maradjo (ayah Indra di Induring) dan Nurni (ibu Liza di Gundjo).

Perlu dipaparkan juga bahawa atuk Rajo Nan Basa mempunyai seorang lagi isteri di Koto Penalok. Melalui perkahwinan ini, beliau memperolehi tiga orang anak iaitu Om Jasa , Etek Norain dan Etek Inun.

Adik Nenek Upik, Sutan Rajo Ameh Lisin berkahwin dengan Nek Jawa (Jawahir) suku Jambak Gadang. Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi tiga orang anak iaitu Om Borhan, Etek Eda da Etek Busa.

Nenek Kamisah berkahwin dengan atuk Sarbaini Sutan Malaika. Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi lima orang anak iaitu Om Sukarni , Om Saharni, Etek Rahmanidar, Om Saharani dan Etek Zurhelmi (Etek Imi ibu Ismail). Nenek Kamisah meninggal dunia di Malaysia dan dikebumikan di PJ.

Sementara, anak-anak atuk Sidi Maradjo 1 masih belum dapat dipastikan kecuali beliau adalah ayah kepada Etek Norlalili di Kampung Medan.

Dua orang lagi anak Moyang Baeh adalah nenek Nani di Selayang Baru. Melalui perkahwinan dengan Datuk Bagindo, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Ramli , Rahman (kolonel bersara) dan Ramlah. Nenek Nani menetap di Selayang Baru dan meninggal dunia dan dikebumikan di sana.

Seorang lagi adik mereka adalah atuk Maarus Sutan Pono di Induring Kapau. Anak-anak beliau masih belum dapat dipastikan.

Jumpa lagi.

AKAN DATANG : FOTO DAN VIDEO EKSKLUSIF CUCU-CICIT NEK BAEH