Thursday, February 4, 2010

KARI DAWI dan keturunan MAWARNI


Assalamalaikum.


Untuk kesempatan kali ini saya akan berikan tumpuan kepada jurai keturunan atuk Kari Dawi.


ATUK KARI DAWI - MAWARNI


Moyang saya dari jaluran atuk Kari Dawi dipercayai bernama Mawarni atau Mawardi. Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu ibu kepada atuk Kari Dawi (tiada namanya dalam koleksi saya) dan Minsi.


Dengan isteri pertamanya, moyang Mawarni mempunyai seorang anak iaitu Atuk Kari Dawi. Sementara dengan isteri keduanya, Minsi, beliau mempunyai lima orang anak iaitu, Haji Karim, Sidi Maradjo, Agus, Malim Maradjo dan Upik.


Haji Karim, adik atuk Kari Dawi dari ibu yang lain bermastautin di Brunei Darrussalam dan meninggal dunia dan dikebumikan di negara itu. Sementara atuk Agus adalah ayah kepada Pakcik/ Abang Anas di Johor Baru dan nenek Upik adalah nenek kepada Kak Ati Johor Baru.


Jika berkesempatan saya akan berusaha mengumpulkan dan menyusun semula jaluran keluarga sebelah moyang Mawarni ini. Bagaimanapun, saya difahamkan anak Pakcik Anas ada melakukannya dan diharapkan dapat menemui saya untuk kita mengemaskinikan warisan dan salasilah keluarga kita.



KARI DAWI - NYEK AMPOH


Ibu Kari Dawi, mempunyai seorang adik atau kakak bernama Nyek Ampoh. Nyek Ampoh telah berkahwin dengan Nyek Lareh iaitu salah seorang daripada anak kepada Dato Sipado Basa 1.

Melalui perkahwinan ini mereka mempunyai empat orang anak iaitu Badik Panjang, Sutan Saidi, Tahir dan Sutan Rumah Panjang.
Salah seorang anak Sutan Saidi yang kita kenali adalah Etek Iyan Lubis atau kerap kita gelarkan beliau sebagai Nyek Lareh atau 'Nyek Kuda'. Salah seorang anak atuk Tahir adalah Rajuna, sementara salah seorang anak atuk Sutan Rumah Panjang iaitu Etek Supik Lawi iaitu ibu kepada Abang Baharuddin Toko Singgalang di Singapura.


KARI DAWI - MAAH - MARYAM


Sebagaimana yang dinyatakan, atuk Kari Dawi mempunyai dua orang isteri. Melalui Isteri pertamanya Maah, beliau memperolehi tiga orang anak iaitu Haji Rosli Datuk Sipado Basa 2, Fatimah (ibu abang Aziz Chan) di Petaling Jaya dan Aminah (ibu Adeng) di Segamat/ Kuala Pilah.

Sementara dengan isteri keduanya Maryam atau Marayam, memperolehi tiga orang anak juga iaitu Etek Aishah (ibu Mas), Etek Zabedah (Ibu Kak Halimah) dan Maarus (bapa Eli).


Atuk Kari ( dipercayai suku Pili) meninggal dunia di Induring Kapau dan jasadnya kini disemadikan bersebelahan dengan nenek Maah di pinggir Masjid Nurahmi di Induring Kapau. Adalah dipercayai, tanah untuk pembinaan masjid itu diwakafkan oleh beliau.


Semasa hidupnya, atuk Kari Dawi dipercayai menetap di Kampung Londang Masjid Tanah.


Kesemua adik-beradik Ayahanda Haji Rosli dari jaluran ini sudah tiada lagi dan alhamdullilah, saya berkesempatan untuk mengiringi kesemua jenazah mereka kecuali Etek Aishah.

Paling baru Mak Ngah Minah tahun 2009 di Segamat, sementara jenazah ayahanda Maarus meninggal dunia di Induring Kapau ketika saya mengiringi teman-teman Kluang untuk 'homestay' di sana pada bulan Mac tahun lalu. Turut ada ketika itu adalah abang Ghazali, along Ina dan Riswati isteri saya.


Terdapat tiga perkahwinan 'tabang tabu' dalam paparan keluarga ini. Pertama kekanda Mawardi dengan Kekanda Nurfatisah (Kak Inun) iaitu anak Makcik Besar Fatimah iaitu ayah dan ibu Masniyati. Keduanya antara Kakanda Mhd Damanhuri dengan Halimah (Kak Limah) anak Etek Zabedah, ibu kepada Ratnasari.
Perkahwinan yang ketiga biarlah tidak dipaparkan di sini.

Pada kesempatan akan datang, saya akan huraikan pula jaluran keluarga sebelah ibu saya iaitu dari keturunan Moyang Baeh atau nama sebenarnya Marayam atau Mariam. Turut akan dipaparkan jaluran kekeluargaan atuk saya, bapa ibu saya Datuk Raja Mambasa serta pertalian kami dengan Abang/ Pakcik Sawadjir suami kakak saya Rosma di Jakarta dan Ain di Petaling Jaya.

Jumpa lagi.

1 comment:

jose bayma said...

Note ; Bang Sudirman,,,Nama Ibunda Almarhumah Aisjah,Zubaidah dan Ma'ruf Sutan Mangkuto...
Cuma yang kurang jelas....ad allah Nama Almarhum Kakek Kita....Kari Dawi atau ...Melwani..( tidak satu pun Orang tua yang Di Kapau,saat ini tahu Nama Asli beliau).
Anak Keturunan Aisjah : Rosman Dally di Pekanbaru...punya anak 3 perempuan 2 laki,,,Zubaidah ; Halimah isteri Damanhuri,,,,Ma'ruf : Almarhum Chairul Rizal punya anak 2 laki2,1 perempuan,,Eliza...,Yusrinal bayma ...Jakarta.,Marwati,, Jakarta dan Azril bayma,,,punya anak 1 Laki2,,1 perempuan..Di Bogor