Sunday, May 9, 2010

CUCU CICIT NEK BAEH -DATUK RAJO NAN-BASA - NEK UPIK


Kali ini saya meneruskan semula, susurgalur keturunan anak cucu-cicit Nek Baeh atau Mariam.

ANAK CUCU-DATUK RAJA NAN BASA - NENEK UPIK

Sebagaimana yang dipaparkan terdahulu, salah seorang dari anak nenek Baeh atau Mariam adalah Nenek Upik, ibu kepada bonda saya Hjh Norlela. Melalui perkahwinan dengan Datuk Raja Nan Basa, mereka memperolehi lima orang anak. Hanya seorang saja anak-anak mereka yang masih hidup iaitu Etek nurni yang kini menetap di Induring Kapau.

Anak yang tertua, Pijar atau Pijan telah berkahwin dengan Etek Asmah. Semasa hidupnya mereka menetap di Kampung Bahagia Telok Intan atau dulunya dikenali sebagai Telok Anson. Melalui perkahwinan ini, mereka dikurniakan enam orang anak, 1 lelaki 5 perempuan. Kecuali Nor, yang menetap di Telok Intan yang lainnya menetap di sekitar Lembah Kelang. Anak-anak mereka adalah Faridah, Ahmad Nazri, Rozie, Nor, Norbaiti dan Ani. Jenazah Ma'antan pijan dikebumikan di Telok Intan.

Anak yang kedua adalah ibu saya Hjh Norlela. Hjh Norlela meninggal dunia di Masjid Tanah tahun 1965 dan jenazahnya dikebumikan di Bukit Keledang Kampung Pinang. Melalui perkahwinan dengan ayah saya Haji Rosli Datuk Sipado Basa, mereka memperolehi 8 orang anak, 3 lelaki dan 5 perempuan. Anak tertua adalah Mhd Damanhuri, diikuti Mohd Powdzi (meninggal dunia), Sudirman, Roslinah, Natrah (meninggal dunia), Roslaini, Normina dan Siti Khadijah (meninggal dunia).

Anak ketiga adalah Ma'antan Sidi Maradjo atau Yunus atau. Ayahanda Yunus memperolehi lima orang anak, 3 lelaki dan 2 perempuan iaitu, Safwan, Hertatie, Harsal, Chinieh (Yunifri) dan Fatmawati. Beliau lama merantau ke Malaysia, bagaimanapun pada akhir hayat beliau kembali menetap di Induring Kapau dan meninggal dunia di sana.

Anak keempat Ma'antan Sutan Maradjo dikurniakan lima orang anak iaitu, 3 lelaki 2 perempuan, iaitu Af, Nel, Indra, Wel dan El. (Maaf abang tak dapat nama penuh) .Saya bagaimanapun, tidak berpeluang mengenali beliau kecuali isteri dan anak-anaknya. Beliau meninggal dunia di Induring Kapau.

Sementara anak kelima, etek Nurni mempunyai tiga anak, 2 lelaki dan 1 perempuan, iaitu Nurahmi (Ija), Irfan dan Ismet. Etek Nurni adalah mantan guru di SMEA Solok. Beliau kini telah bersara.


DATUK RAJA NAN BASA

Datuk Raja Nan Basa adalah bapa kepada ibu saya. Sepanjang hayatnya datuk mempunyai dua orang isteri iaitu Nenek Upik Banda Baru dan seorang lagi isterinya orang Koto Penalok, Induring Kapau.

Dengan isteri keduanya, beliau memperolehi tiga orang anak, 1 lelaki dan 2 perempuan. Saya hanya berkesempatan mengenali seorang dari mereka iaitu Ma'antan Jasadin yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu di induring Kapau. Salah seorang anak kemanakannya kini menetap di Johor Baru.

Datuk Raja Nan Basa, mempunyai seorang adik perempuan di Pandan Banyak Induring Kapau bernama Nenek Raei. Nenek Raei mempunyai lima orang anak iaitu dua lelaki dan 3 perempuan. Mereka adalah Fatimah, Jusnar (ibu Gadis Powdzi), Aziz (bapa Nelly Rizal Masjid Tanah) Dan Sudarmi.

Jumpa lagi.

Thursday, May 6, 2010

BALASUNGKAWA - NEK DASIMA


Innalillaah wa inna illah hi rajiun.

Pada awal pagi 27 April 2010, satu-satunya nenek atau moyang kita dari keturunan Nyek Sheik, Nenek Dasima, telah menyahut panggilan Illahi. Paparan temubual saya dengan beliau dengan video mengenai susurgalur keturunan telah saya siarkan beberapa bulan yang lalu.

Untungnya, saya sempat berbuat demikian. Sekurang-kurangnya, saya dapat merungkai , latar belakang keluarga kita dari jurai keturunan Nyeik Sheikh. Jika sekiranya, temubual ini tidak saya lakukan dulu, pastinya kini, ada antara anak kemanakan yang berlanggar bahu, tidak langsung mengenali saudara-maranya.

Sebenarnya, perkenalan pertama saya dengan Nek Dasima berlaku pada awal tahun 1984. Ketika itu, saya baru berkahwin dan masih bertugas sebagai Penolong Pendaftar di Universiti Malaya. Nek Dasima bersama nek Kayah mengunjungi rumah sewa saya di PJ untuk berkenalan dengan 'menantu'cucu, kerana menurut mereka, saya adalah cucu mereka.

Bagaimanapun, saya kurang jelas akan maksud 'cucu' ini serta bagaimana pertalian nenek cucu itu terjadi. Yang saya tahu, nenek saya dari keturunan Nyeik Sheikh seorang saja iaitu Nenek Maah, ibu allahyarham ayah saya Haji Rosli. Atau mungkin, saya ketika itu tidak mahu ambil pusing akan hubungan kekeluargaan ini.

Pada waktu lain, khususnya dalam majlis perkahwinan keluarga yang saya kunjungi, saya bertemu juga dengan nek Dasima. Tetapi, persepsi saya terhadap Nek Dasima adalah sama sebagaimana persepsi saya terhadap keluarga yang lain iaitu sekadar 'saudara mara'.

Tidak hairanlah, jika saya kemudiannya tidak ambil pusing tentang hubungan ini dan langsung tidak berusaha untuk meneruskan hubungan silaturrahim yang mula dibina oleh Nek Dasima dan nek Kayah.

Hanyalah, apabila umur meningkat dan kerap 'balik' ke Induring Kapau serta 'tidak malu mengaku orang awak', saya mula rajin mencari dan menjejak talian dan hubungan kekeluargaan ini. Ketika inilah nama Nek Dasima dan Nek Kayah serta nek Mok Hulu Langat muncul. Ternyata kedudukan mereka begitu hampir dengan diri saya. Mereka adalah adik-beradik nenek saya sendiri dari ibu-ibu yang lain.

Saya juga dimaklumkan, dari kesemua anak-anak Nyeik Sheikh hanya seorang saja yang masih hidup dan tinggal di KL iaitu Nek Dasima. Sejak itu saya cuba menjejaki beliau tetapi gagal hinggalah pada suatu hari, abang Imi memaklumkan tentang nek Dasima di Kampung Baru serta memberikan nombor telefon rumahnya.

Nenek Dasima kelihatan begitu seronok sekali apabila saya menelefonnya. Menariknya, Nek Dasima, masih ingat nama saya apabila beliau memberitahu Cik Hawa, Sudirman anak Lela Banda Baru Datuk Pado Basa. Beliau masih ingat kali pertama bertemu saya suami isteri di PJ.

Lanjutan dari itu, saya mengunjungi Nek Dasima tidak lama selepas hari raya haji lalu. Saya sempat merakam temubual dengannya mengenai asal usul keturunan saya. Ketika itu Nek Dasima sedang uzur tetapi ingatannya sangat baik dan tuturbualnya langsung tidak memperlihatkan realiti kesihatan dan tubuhnya.

Itulah pertemuan terakhir saya dengan nek dasima.

Saya mendapat berita sedih itu dari Makcik Ramlah Selayang melalui telefon anggaran jam 10.30 pagi. Saya menelefon ke Kampung Baru. Ada seseorang menyambutnya dan mengatakan jenazah Nek Dasima telah berada di surau dan akan dikebumikan anggaran jam 11 pagi. Justeru, sepantas mana sekalipun saya memandu dari Melaka, adalah tidak mungkin saya dapat menatap wajah Nek Dasima buat kali terakhir. Mungkin jika berkesempatan, saya akan cuba mengunjungi pusaranya. insyaallah.

Saya dimaklumkan Nenek Dasima telah menghembuskan nafas terakhirnya pada tengah malam sebelumnya. Pada petangnya, saya menelefon Cik Hawa bertanyakan hal ini. Saya dimaklumkan, nombor telefon saya tersalah letak dan justeru itu, saya tidak dapat dihubungi untuk dimaklumkan berita sedih itu.

Apakah mungkin peristiwa ini dapat menyedarkan kita, akan kepentingan mengumpul data-data keluarga, serta alamat mahupun nombor telefon saudara-mara kita sendiri khasnya atau orang-orang kapau amnya?

Sebenarnya, ada suatu berita gembira lanjutan dari peristiwa ini.

Dua hari lalu saya menerima e-mail dari Irwan pangkat cicit nek Dasima. Irwan ingin mengenali saya dan meminta nombor telefon. Terima kasih Irwan dan mungkin melalui usaha irwan, dapat menjalin semula hubungan kekeluargaan yang terputus selama ini. Saya akan menghubungi Irwan nanti jika ada kesempatan.

Saya belum berkesempatan membalas e-mail Irwan. Tapi untuk semua saya boleh dihubungi di e-mail saya: anugerahilmu@yahoo.com . Rumah kami masih di Kajang, tetapi kini menetap sementara di Masjid Tanah, Melaka, bandar kelahiran saya.

Akhirnya, marilah kita bersama menghadiahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham Nek Dasima dan mendoakan semoga rohnya ditempatkan Allah swt di kalangan orang-orang soleh dan yang amat dikasihiNya. Amin.

Jumpa lagi.





Saturday, April 24, 2010

foto ekslusif keluarga besar haji rosli 3

Kenangan terindah bersama bonda Hjh Norniah di Brunei pada tahun
1984. Kali pertama Cik Man datang ke Brunei tahun 1972 dan menolong
nenek jual apam balik, tolong kedai atuk dan pak ngah Jasmi selama lebih
tiga bulan. Cik Man tak lupa sejarah.

Add. Yaacub bersama anakpanak kemenakananya.
Dari kiri Nadia, Nisa, Nazrin, Wani, Haris dan Hadi.

Ayahanda Haji Rosli bersama besannya ayahanda Haji Nabawi
Dt Gadang Majolelo di Johor Bharu.

Bonda Hajjah Norniah bersama kk Rosma, Kk Marlina dan Kk Norma
di Brunei 1994.

Himpunan keluarga di Bukit Tinggi. Lawatan ke Istana Pagar Ruyung
Sumatera Barat.

Orang Kajang Selangor menaiki teksi sungai di Brunei.

Rombongan dari Malaysia ke majlis perkahwinan
An. Nizam di Brunei.


Berihat di puncak gunung Barisan, Sumatera. Himpunan keluarga anak
cucu cicit ayahanda Haji Rosli di Induring Kapau, Bukit Tinggi.

Sebahagian anak-cucu-cicit ayahanada Haji Rosli dalam pertemuan
keluarga di Brunei..

Saat-saat manis An. Weri. Kelihatan di kiri marapulai Abang Sawadjir dan
An. Rosa dari Jakarja.

An. Ermawati Mawardi bersama suami dan anak-anak di Brunei.

An. Ernie Mawardi (Ernie Besar) bersama suami dan anak-anak di Brunei

Majlis menyambut menantu di Muar. An. Norhaslinda & Mustafa

Beginilah sejarah hidup datuk, nenek dan bapa ibu kalian
pada tahun-tahun silam. Nenek Norniah meneruskan
tradisi ini bersama atuk Haji Rosli di Brunei pada tahun-tahun
60an hingga 80-an. Jangan lupa sejarah keluarga kalian.


Siapakah cucu bertuah dalam pelukan nenek Hajjah Norniah?

Gambar kenangan semuga roh mereka, atuk dan nenek kalian, sentiasa mendapat kerahmatan Ilahi serta di tempatkan di kalangan
orang-orang yang dikasihi Tuhan.
Amin. Al-fatihah.

Thursday, March 11, 2010

video dan foto eksklusif cucu-cicit nenek baeh 1












Wednesday, March 10, 2010

Keturunan Mariam (Rayam Nek Baeh) Banda Baru


Sebagaimana yang dijanjikan, untuk kesempatan kali ini, saya memberi tumpuan kepada salasilah keturunan dari jurai moyang saya melalui jaluran ibu saya Hajjah Norlela Banda Baru iaitu Moyang Mariam (Rayam) atau lebih dikenali sebagai Nek Baeh.

Nenek Baeh atau Mariam mempunyai dua lagi adik beradik iaitu Sultan Mantari dan Moyang Wenan.

Semasa hayatnya, Nek Baeh, moyang saya pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Menariknya, dengan setiap suami, beliau mempunyai sepasang anak lelaki dan perempuan. Ini bererti beliau mempunyai enam orang anak iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.

ANAK-ANAK NYEK BAEH (RAYAM)

Suami pertama Moyang Rayam adalah Nyek Labai Batuah. Melalui perkahwinan ini mereka memperolehi dua orang iaitu Nenek Upik dan Sutan Rajo Ameh Lisin.

(Perlu dimaklumkan juga, bahawa moyang Nyek Labai Batuah turut mempunyai beberapa orang isteri. Antaranya seorang di Pandan Banyak yang memperolehi dua orang anak lelaki iaitu Malim Basa (ayah abang/ pakcik Sawadjir Jakarta) dan Malim Muncak (ayah Ain usahawan sate di PJ).

Dengan suami kedua, moyang Baeh memperolehi sepasang anak iaitu Nenek Kamisah dan Sidi Maradjo 1. Nenek Kamisah adalah ibu kepada Om Sukar, Om Chaan, Etek Imi , sementara atuk Sidi Maradjo 1 adalah bapa kepada Etek Norlaili (Kampung Medan).

Sementara dengan suami ketiganya, Datuk Balang Daguk, mereka memperolehi dua orang anak iaitu Nenek Nani di Selayang Baru (ibu cik Ramlah) dan atuk Maarus Sultan Pono.


CUCU-CICIT MOYANG BAEH

Nenek Upik, anak tertua moyang Marayam, berkahwin dengan Datuk Raja Nan Basa . Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi lima orang anak iaitu Pijar (Pijan) di Telok Intan, Norlela (ibu saya), Yunus (Sidi Maradjo 2) bapa Wan di PJ, Sutan Maradjo (ayah Indra di Induring) dan Nurni (ibu Liza di Gundjo).

Perlu dipaparkan juga bahawa atuk Rajo Nan Basa mempunyai seorang lagi isteri di Koto Penalok. Melalui perkahwinan ini, beliau memperolehi tiga orang anak iaitu Om Jasa , Etek Norain dan Etek Inun.

Adik Nenek Upik, Sutan Rajo Ameh Lisin berkahwin dengan Nek Jawa (Jawahir) suku Jambak Gadang. Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi tiga orang anak iaitu Om Borhan, Etek Eda da Etek Busa.

Nenek Kamisah berkahwin dengan atuk Sarbaini Sutan Malaika. Melalui perkahwinan ini, mereka memperolehi lima orang anak iaitu Om Sukarni , Om Saharni, Etek Rahmanidar, Om Saharani dan Etek Zurhelmi (Etek Imi ibu Ismail). Nenek Kamisah meninggal dunia di Malaysia dan dikebumikan di PJ.

Sementara, anak-anak atuk Sidi Maradjo 1 masih belum dapat dipastikan kecuali beliau adalah ayah kepada Etek Norlalili di Kampung Medan.

Dua orang lagi anak Moyang Baeh adalah nenek Nani di Selayang Baru. Melalui perkahwinan dengan Datuk Bagindo, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Ramli , Rahman (kolonel bersara) dan Ramlah. Nenek Nani menetap di Selayang Baru dan meninggal dunia dan dikebumikan di sana.

Seorang lagi adik mereka adalah atuk Maarus Sutan Pono di Induring Kapau. Anak-anak beliau masih belum dapat dipastikan.

Jumpa lagi.

AKAN DATANG : FOTO DAN VIDEO EKSKLUSIF CUCU-CICIT NEK BAEH

Friday, February 12, 2010

FOTO KELUARGA BESAR HAJI ROSLI 2



Foto eksklusif -Gambar terakhir Ayahanda Haji Rosli
bersama sebahagian cucu-cicitnya pada Januari 1993.


Majlis perkahwinan An. Khairul Nizam dan isteri di Brunei
anakanda abang Pengiran Yasin dan kak Ermina. Kelihatan
kaum-keluarga dan kerabat dari Brunei, Malaysia dan Indonesia.


Foto eksklusif - Allahyarhan abang Mohd Nor di tengah bersama
abang Sawadjir Jakarta (kiri) dan abang Jasmi di kanan. Duduk
kenalan abang Mohd nor.



Majlis Perkahwinan an. Norhaslinda Kluang di kelilingi ibu
saudara Riswati, Liza, Masniyati dan bonda Norma.


An. Halim Hj. Jasmi dan isteri.

Makan malam keluarga di Kluang Johor



Makan berdamai lepas perkahwinan Sudirman Riswati bersama
keluarga dari Johor Disember 1983


Cucu-cicit ketika di Kluang Johor

Makcik Ana dan Kak Izi.


Saat romantik An. Nasrol Hadi dan isteri.


An. Norman Yusri bersama isteri dan kedua mertuanya.


Foto eksklusif - diambil pada tahun 1958. Bonda Nurlela bersama lima
dari lapan anaknya.Dari kiri: Mhd. Damanhuri, Mohd Powdzi,
Roslaini, Roslinah dan Sudirman.

Thursday, February 4, 2010

KARI DAWI dan keturunan MAWARNI


Assalamalaikum.


Untuk kesempatan kali ini saya akan berikan tumpuan kepada jurai keturunan atuk Kari Dawi.


ATUK KARI DAWI - MAWARNI


Moyang saya dari jaluran atuk Kari Dawi dipercayai bernama Mawarni atau Mawardi. Beliau mempunyai dua orang isteri iaitu ibu kepada atuk Kari Dawi (tiada namanya dalam koleksi saya) dan Minsi.


Dengan isteri pertamanya, moyang Mawarni mempunyai seorang anak iaitu Atuk Kari Dawi. Sementara dengan isteri keduanya, Minsi, beliau mempunyai lima orang anak iaitu, Haji Karim, Sidi Maradjo, Agus, Malim Maradjo dan Upik.


Haji Karim, adik atuk Kari Dawi dari ibu yang lain bermastautin di Brunei Darrussalam dan meninggal dunia dan dikebumikan di negara itu. Sementara atuk Agus adalah ayah kepada Pakcik/ Abang Anas di Johor Baru dan nenek Upik adalah nenek kepada Kak Ati Johor Baru.


Jika berkesempatan saya akan berusaha mengumpulkan dan menyusun semula jaluran keluarga sebelah moyang Mawarni ini. Bagaimanapun, saya difahamkan anak Pakcik Anas ada melakukannya dan diharapkan dapat menemui saya untuk kita mengemaskinikan warisan dan salasilah keluarga kita.



KARI DAWI - NYEK AMPOH


Ibu Kari Dawi, mempunyai seorang adik atau kakak bernama Nyek Ampoh. Nyek Ampoh telah berkahwin dengan Nyek Lareh iaitu salah seorang daripada anak kepada Dato Sipado Basa 1.

Melalui perkahwinan ini mereka mempunyai empat orang anak iaitu Badik Panjang, Sutan Saidi, Tahir dan Sutan Rumah Panjang.
Salah seorang anak Sutan Saidi yang kita kenali adalah Etek Iyan Lubis atau kerap kita gelarkan beliau sebagai Nyek Lareh atau 'Nyek Kuda'. Salah seorang anak atuk Tahir adalah Rajuna, sementara salah seorang anak atuk Sutan Rumah Panjang iaitu Etek Supik Lawi iaitu ibu kepada Abang Baharuddin Toko Singgalang di Singapura.


KARI DAWI - MAAH - MARYAM


Sebagaimana yang dinyatakan, atuk Kari Dawi mempunyai dua orang isteri. Melalui Isteri pertamanya Maah, beliau memperolehi tiga orang anak iaitu Haji Rosli Datuk Sipado Basa 2, Fatimah (ibu abang Aziz Chan) di Petaling Jaya dan Aminah (ibu Adeng) di Segamat/ Kuala Pilah.

Sementara dengan isteri keduanya Maryam atau Marayam, memperolehi tiga orang anak juga iaitu Etek Aishah (ibu Mas), Etek Zabedah (Ibu Kak Halimah) dan Maarus (bapa Eli).


Atuk Kari ( dipercayai suku Pili) meninggal dunia di Induring Kapau dan jasadnya kini disemadikan bersebelahan dengan nenek Maah di pinggir Masjid Nurahmi di Induring Kapau. Adalah dipercayai, tanah untuk pembinaan masjid itu diwakafkan oleh beliau.


Semasa hidupnya, atuk Kari Dawi dipercayai menetap di Kampung Londang Masjid Tanah.


Kesemua adik-beradik Ayahanda Haji Rosli dari jaluran ini sudah tiada lagi dan alhamdullilah, saya berkesempatan untuk mengiringi kesemua jenazah mereka kecuali Etek Aishah.

Paling baru Mak Ngah Minah tahun 2009 di Segamat, sementara jenazah ayahanda Maarus meninggal dunia di Induring Kapau ketika saya mengiringi teman-teman Kluang untuk 'homestay' di sana pada bulan Mac tahun lalu. Turut ada ketika itu adalah abang Ghazali, along Ina dan Riswati isteri saya.


Terdapat tiga perkahwinan 'tabang tabu' dalam paparan keluarga ini. Pertama kekanda Mawardi dengan Kekanda Nurfatisah (Kak Inun) iaitu anak Makcik Besar Fatimah iaitu ayah dan ibu Masniyati. Keduanya antara Kakanda Mhd Damanhuri dengan Halimah (Kak Limah) anak Etek Zabedah, ibu kepada Ratnasari.
Perkahwinan yang ketiga biarlah tidak dipaparkan di sini.

Pada kesempatan akan datang, saya akan huraikan pula jaluran keluarga sebelah ibu saya iaitu dari keturunan Moyang Baeh atau nama sebenarnya Marayam atau Mariam. Turut akan dipaparkan jaluran kekeluargaan atuk saya, bapa ibu saya Datuk Raja Mambasa serta pertalian kami dengan Abang/ Pakcik Sawadjir suami kakak saya Rosma di Jakarta dan Ain di Petaling Jaya.

Jumpa lagi.