Sebagaimana yang dijanjikan, untuk ruangan tahun baru (2010) ini saya paparkan satu temubual eksklusif dengan satu-satunya anak Nyek Sheikh,moyang kita bersama. yang masih hidup iaitu Nek Dasima. Beliau akan mengisahkan anak-anak Nyek Sheikh, rupa paras Nyek Sheikh dan sebagainya.
Rumusan ringkas anak-anak Nyek Sheikh adalah seperti berikut:
Dari isteri di Koto Penalok (isteri tertua)memperolehi tiga anak iaitu Si Nun (anak tertua), Sami dan Amak Sapiah.
Dari isterinya Rafah (Arafah) memperoleh seorang anak bernama Maah, ibu ayahanda Hj Rosli Dato Sipada basa.
Isteri di Pindih tiada anak.
Dari isteri di Hujung mempeolehi seorang anak iaitu Sadinin.
Dari isteri di Mudik memperolehi empat orang anak iaitu Salima, Hj Latif, Bani (Norniah?) di Hulu Langat Selangor dan Borhan.
Dari isteri di Hilir (Hamidah) isteri terakhir memperolehi empat orang anak iaitu Rokayah (Datuk Keramat) Rohani (Shah Alam), Mohd Nor (Sentul) dan Dasima, anak bongsu (Kg. Baru).
Seorang lagi isteri Nyek Sheik (tidak dinyatakan dengan jelas) tidak mempunyai anak.
Saya serahkan kepada saudara-mara untuk membantu saya menjejaki saudara-mara kita ini atau hubungi saya melalui e-mail: anugerahilmu@yahoo.com. Mana tahu, jika ada kesempatan pada suatu masa, saya akan membuat satu direktori keluarga kita untuk simpanan anak-anak cucu di kemudian hari. Atau mungkin ada di kalangan anak-cucu kita yang akan berbuat demikian. Insyaallah.
Setelah selesai salasilah keturunan melalui moyang Nyek Sheik, saya akan cuba menjejaki keturunan moyang kita Arafah (ibu nenek Maah), dan seterusnya Mawarni (Mawardi?) moyang daripada Bapa ayahanda saya iaitu Kari Dawi. Saya juga akan cuba merungkai jurai keturunan daripada ibu saya Hjh Norlela Banda Baru, ibu-ibu tiri saya Hjh Norniah dan Hjh Ramlah, dan keluarga sebelah isteri saya melalui datuknya bernama Allahyarham Kari Zainuddin (Klang) dan lain-lain di mana boleh.
Ikutilah temubual dengan Nenek Dasima.
Jumpa lagi.
2 comments:
trima kasih dgn artikel & video ni. Hawa sekeluarga dah pun tgk blog ni. Nenek Dasima juga berterima kasih dgn artikel ni.
--HAWA (KG. BARU)
Terima kasih. Harap dapat sebarkan kepada
keluarga lain, agar dapat saya muatkan foto atau catatan jaluran keluarga masing-masing untuk makluman anak cucu kita akan datang.
Post a Comment