Monday, January 18, 2010

NYEIK SHEIKH - ARAFAH - MAAH


Assallammualaikum.

Baru-baru ini, saya temui semula sebuah buku nota yang telah hilang atau tersalah letak lebih 15 tahun. Buku itu, mengandungi banyak catatan mengenai pertalian kekeluargaan moyang, datuk, nenek dan keluarga kita lanjutan dari penyelidikan saya sejak beberapa tahun yang lalu. Kemunculan buku nota ini pada saat-saat saya memulakan blog ini, pastinya mempunyai sebab yang tersendiri.

Hanya Allah swt saja yang lebih mengetahuinya.


Dari buku nota itu, terdapat catatan hubungan kekeluargaan moyang Rafah dengan Datuk Sipado Basa (1) iaitu bapa Haji Abas dan Hj Rahmani juga datuk kepada Datuk Dr Haji Amir dan Pakcik Udin Kampung Baru. Begitu juga mengenai Haji Mutahir, orang Kapau yang terkaya ketika tu.

Selain itu, terdapat juga catatan hubungan kekeluargaan atuk Kari Dawi dengan Haji Karim Brunei serta Nyeik Ampoh dan Nyeik Lareh . Begitu juga catatan mengenai jaluran keluarga melalui moyang saya sebelah ibu iaitu Rayam atau Marayam atau sering disebut Nyeik Baeh.

Terdapat juga banyak catatan lain seperti jaluran keluarga nenek Maji (Majidah) iaitu nenek isteri saya serta jaluran kekeluargaan bapa isteri saya Nabawi Datuk Gadang Majolelo, melalui ayahanda beliau Kari Zainuddin di Kelang.

Kesemua bahan-bahan kajian saya ini akan saya paparkan satu persatu dan bergilir-gilir. Harap saudara-mara saya dapat bersabar. Sementara itu, sekiranya ingin membantu menambah, atau memperbetulkan catatan saya ini, harap dapat hubungi saya melalui e-mail: anugerahlilmu@yahoo.com. Cantiknya jika turut disertakan gambar atau video (biar saya edit sendiri jika sudi).

NYEIK SHEIK - NYEIK LABAI

Pada kesempatan lalu, saya telah menghuraikan jalinan kekeluargaan dari jurai keturunan Nyeik Sheik. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Nenek Dasima, Nyeik Sheikh mempunyai dua orang saudara iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Dari catatan yang saya perolehi, adik lelaki Nyeik Sheikh juga dipanggil sebagai Nyeik Labai.

Sepanjang hidupnya, Nyeikh Labai dipercayai mempunyai lima orang isteri dan 11 orang anak.
Dua orang anak daripada isteri pertama adalah Marayam dan Jasi, isteri kedua, tiga orang iaitu Rawiyah, Marlian dan Latifah, sementara isteri ketiga seorang anak iaitu Ijah. Dari isteri keempat memperolehi seorang anak iaitu Muncak Lengeh Tungga sementara isteri kelima, empat orang anak iaitu Sitjah, Senah Tekek, St Rajo dan Malim Pono.

Catatan mengenai adik perempuan beliau, masih belum saya perolehi.


ARAFAH - JUDAH


Berbalik kepada moyang Arafah, beliau dipercayai mempunyai seorang adik perempuan iaitu Judah atau Jeddah. (Kedua-dua nama ada kaitannya dengan tanah Arab). Judah mempunyai dua orang anak iaitu Jaina dan Malim Basa. Nenek Jaina adalah ibu kepada Pakcik Iyan (Achiar St Sadjantino) di Gombak dan Pakcik Udin (Nasaruddin) Kampung Baru.

Atuk Malim Basa dan keturunannya, tidak dalam pengetahuan saya.



MAAH - KARI DAWI - MALIM SAIDI


Nenek Maah, sepanjang hidupnya pernah berkahwin sebanyak dua kali. Dengan suami pertamanya atuk Kari Dawi, mereka memperolehi tiga orang anak iaitu ayahanda Haji Rosli (Dt Sipado Basa (2), Hjh Fatimah (Makcik Besar) dan Aminah (Mak Ngah).

Dengan suami keduanya atuk Malim Saidi, mereka memperolehi dua orang anak iaitu Hj Yusop (Pakcik Cop) dan Hjh Mardiana (Makcik Ana). Kini hanya Makcik Ana saja yang masih hidup.


Perlu juga dimaklumkan, atuk Kari Dawi juga mempunyai seorang lagi isteri bernama Marayam. Melalui perkahwinan ini, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Etek Aisyah, Etek Zabedah dan Pakcik Maarus. Huraian ini akan dipaparkan kemudian.


Dari lima anak-anak nenek Maah, beliau dikurniakan cucu seramai 40 orang . Haji Rosli seramai 18, Fatimah 7 , Aminah 5, Yusop 5 dan Mardiana 5.


MAAH - HAJI ROSLI


Haji Rosli Datuk Sipado Basa (2) pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan mempunyai 18 orang anak (6 lelaki 12 perempuan) dan 63 orang cucu dengan separuh darinya masih dalam alam persekolahan. Cucu tertua berumur 45 tahun dan yang bongsu berumur 15 tahun. Mengikut kiraan terakhir cicitnya dianggarkan 100 orang dengan yang tertua berumur 19 tahun.


Melalui perkahwinan pertamanya dengan Bonda Ramlah (suku Melayu) asal Mantin, Negeri Sembilan, mereka memperolehi tiga orang anak iaitu Mawardi Dt Muncak (Kluang) , Hj Jasmi (Bukit Rambai Melaka), Rosma (Jakarta). Bonda Ramlah meninggal dunia sebelum Perang Dunia Kedua. (Harap anak-anak yang membaca blog ini dapat menge-mailkan gambar nenek Ramlah yang dalam simpanan Allahyarham Dt Muncak. Begitu juga gambar ramai yang ada tertera gambar moyang Maah).

Dengan isteri kedua Hjh Norniah (berganti tikar), mereka memperolehi tujuh orang anak iaitu Rosnina (Kluang), Norma (Induring Kapau), Rifdayanis (Kluang), Fauzinar (Jakarta), Ermina (Brunei), Bactiar (Kajang) dan Suwarni (Kajang).
Bonda Norniah meninggal dunia pada tahun 1999.

Dengan isteri ketiga Norlela (Banda Baru), mereka memperolehi lapan orang anak iaitu Mhd Damanhuri (Lubok Redan Masjid Tanah), Mohd Powdzi (Bukit Rambai Melaka), Sudirman (Kajang-Masjid Tanah), Roslinah (Taman Merdeka Melaka), Natrah, Roslaini (Subang Jaya-Pulau Sebang Melaka), Nurmina (Kluang) dan Khadijah.
Bonda Norlela meninggal dunia pada tahun 1965.

Enam dari anak-anak mereka telah meninggal iaitu Hj Mawardi (2009) , Rosma (1999), Rifdayanis (1983) , Mohd Powdzi (2009), Natrah (1958) dan Khadijah (1962).


Pada kesempatan akan datang akan disiarkan gambar-gambar eksklusif dan klasik keluarga dan anak cucu, cicit, piut dan anak piut Nyeikh Sheikh melalui jaluran Rafah. Maah, Haji Rosli.

Jumpa lagi.

No comments: