Kelmarin, salah seorang ibu saudara yang kami kasihi telah dijemput Illahi. Etek Sabariah meninggal dunia di rumahnya di Pulau Indah jam 9.00 pagi (Khamis 1.7.10) dan dikebumikan selepas zohor di sana.
Etek Sabariah adalah isteri Pak Wan (Mahmud Awalluddin), bapa saudara isteri saya iaitu adik kepada bapanya Allahyarham ayahanda Haji Nabawi dari ibu tirinya Nek Upik Norbibah.
Saya mula mengenali insan yang baik hati ini, tidak lama selepas berkahwin dengan Riswati tahun 1984. Ketika itu ayahanda Haji Nabawi membawa kami mengunjungi keluarga dan adik-adiknya yang ramai di Kelang. Pak Wan dan isterinya Etek Sabariah ketika itu tinggal di kuarters kakitangan Jabatan Pelabuhan di Pelabuhan Kelang.
Etek Sabariah semasa hayatnya pernah bertugas sebagai seorang bidan kerajaan dan bertugas di sekitar daerah Kelang.
Kali terakhir saya menemui beliau anggaran tiga bulan lalu, ketika majlis perkahwinan anak lelaki beliau Khairul (Yun). Sebelum itu, saya dan isteri telah mengunjungi beliau beberapa hari sebelum beliau bersama suaminya Pak Wan dan anak lelakinya Safiza (abang) berangkat ke tanah suci Mekah akhir tahun yang lalu.
Saya difahamkan etek Sabariah ketika itu memang sedang mengalami sakit yang agak kronik. Walaupun begitu, beliau mempunyai keazaman yang amat kuat untuk ke tanah suci. Alhamdulillah, beliau menerima hidayah Ilahi ketika itu dan berjaya menyempurnakan ibadah hajinya dengan baik.
Saya juga difahamkan, Etek Sabariah telah dimasukkan dan menerima rawatan di hospital
Kelang beberapa bulan yang lalu kerana mengalami komplikasi buah pinggang dan sakit kecing manisnya. Bagaimanapun, beberapa hari sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau meminta untuk kembali ke rumahnya.
Etek Sabariah dijemput Ilahi di hadapan suami dan anak-anaknya. Sejam sebelum itu, anak-anak sempat membersihkan dan memandikan ibu mereka. Beliau meninggalkan kita semua dengan wajah yang bersih, tenang serta dengan senyuman indah yang akan menjadi kenangan manis seluruh keluarganya.
Sebagai seorang bekas bidan, saya kira beliau berjasa dengan ramai orang. Anda mungkin salah seorang darinya. Bersamalah kita menghadiahkan Al-Fatihah untuk rohnya dan mendoakan agar beliau dilimpahi rahmat Allah dan ditempatkan di kalangan roh orang-orang dikasihiNya. Amin.
Akan datang: JURAI KETURUNAN ATUK KARI ZAINUDDIN KELANG.
33 - KETUA KAUM IBU UMNO MALAYA
7 years ago
2 comments:
Isyaallah, jika ada kesempatan saya akan cuba melayari tajuk-tajuk yang saudara cadangkan. Pada saya, persoalan tentang bangsa Melayu adalah satu persoalan utama dalam konteks hari ini.Saya tetap akan mempertahankan hak bangsa saya dengan cara saya sendiri. Matalamat kita mungkin sama tetapi pendekatannya mungkin berbeda.
Semoga kita akan terus bertukar fikiran. Terima kasih.
Terima kasih dengan ulasan abg sudir tentang arwah ibu, walaupun ringkas namun ianya padat dengan jisim kasih sayang yang amat sangat.
Sesungguhnya bertuah bagi mereka yang mengenali Allahyarham....Al-Fatihah.
safiza mahmud
Post a Comment